Dah 3 bulan. Yes dah 3 bulan kahwin.
Baru skrg ada mood nak post anything about marriage, pictures and more..
Alhamdulillah I am happly married, nothing much I could ask.
But thank Allah for the great experience, moment and gift.
Firstly, mungkin ada yg tgh nak rancang kahwin, sdg menghitung hari or tetiba ja nk kahwin.
I have some point point penting je kot utk share psl preparation mentally or physically
1. Uruskan kewangan majlis perkahwinan anda.
Kalau boleh rancang wang yang kita dah bajet untuk majlis nnt.
Including small thing ex: duit saksi, duit tok kadi, cake (which I tak order sbb lupa) but suprisely
brother bought it on that wedding. Thank you. More, duit beli pin tudung, duit nak print pacak pacak signboard and byk lagi. Baik list kan sekecil kecil matter kpd yg big matter.
2. Set date kahwin dgn betul.
Sbb ada kisah, mine was really a bit choas bila terpaksa fews time tukar tarikh.
Sampai ada certain people dh tak larat nk tau betul betul date yg ditetapkn. Sbb hall kat Ipoh
sgt sgt limited. Maybe byk sgt org kahwin bulan tu. Sampai setahun mohon still tk confirm.
3. Beli barangan hantaran lebih awal/berperingkat.
Aku beli sikit sikit dgn cik hubby masa tu. Sbb kalau boleh taknak kuar duit bila dh nk dkt date,
Mana tau time tu ntah ntah mahal. Takde disc. For me, 10%-20% off mean a lot to me. Which you can buy something from money you'd saved. Kita taktahu nk dkt wedding tetiba byk benda nk tambah. Al maklum lah kita ni nak perfect masa hari majlis. Bg aku ada benda yg tak perlu dibazirkan. Harta dunia :)
4. Hiasan hantaran/dulang
Kalau boleh part ni dh bincang kedua dua pihak, nak tempah or nak buat hias sendiri je? Kalau ada bajet lebih atau mmng jenis ada duit. Boleh je upah org gubah. Habislah jgk dlm 300-400 (depends). Aku gubah sendiri utk pihak lelaki dan pihak perempuan sendiri. Final day tu ramai tlg touch up balik. Sbb simple sgt hias. Ntah la maybe jenis tak memilih sgt malas nk detail. Nanti benda tu at last dlm stor. Jgn risau lah bt biasa pun nampak cantik dgn camera trick :p
5. Pilih photographer yang bagus.
Bagus mean, dia akan bagi 100% atas komitment kerja dia. Sbb dgr lah wahai sahabat rakan semua.
Aku dah kisah pahit manis berkaitan ini. Di mana pada tarikh akad nikah photographer tak dtg sbb katanya stuck banjir, okay ku pikir dia mmng betul tak dpt elak. Tapi masa resepsi dia dtg kmi okay je. Sampai la nak dkt 3 month kepam album dgn dia, and dia acah acah je bila nak dtg tak dtg dtg lgsg. Sampai dh kena tegur esoknya dtg tanpa sua muka kot. Passing kat bapak aku je. And gamba yang dia amek sgt limited. Lgsg tak menarik. Please, pastikan photographer awk jenis boleh di buat kawan so nnt bila dpn camera tak kekok or malu malu. Kita harapkan kerja dia. Sbb tu mmng kerja dia. Biar high commitment sikit. Bayar lebih takpa janji puas hati. Dont worry.
6. Butik pengantin.
This part penting sbb part ni la anda nak cantik, hensem menarik tertarik depan semua org.
Pilih baju yang naik dgn kulit warna, size bdn dan paling penting selesa. Nak ingatkan aku yg buat dlm dewan serba air-cond pakai half songket and lace pun rasa nak terbang atas awan tinggi. Haha pastikan la tak terlalu ketat atau sesuai dgn tempat wedding kita. If buat dkt rumah maybe selesa sikit tapi bila dah ramai ramai tu mesti kita rasa mcm tak selesa rambut yg di sanggul lah, tudung yg di lilit lah, crown yang di pakai, kasut tu please practise banyak kali, selesakan diri dgn pakaian yg lengkap mcm nak kahwin nnt, lepastu bergaya la kt umah tu. Duduk kjp bangun kejap. Jalan kejap, tunduk bila nak bersalam. Semua tu penting sbb masa tu kita dah penat dan seharian pakai make up.
7. Rancang goodies anda
Nak bagi apa utk vvip? Kira berapa jemputan, list out nama nama tetamu and anggarkan lah dlm brp org setiap org akan bwk. Kira la dalam 2-5 org (My mom buatkan hihi) masa tu utk kids aku buat dlm 300 sahaja. Aku beli jelly chew beans letak dlm bekas bulat kecil, rasa tak perlu lah bg kotak yg berlipat lipat lah bercorak sana sini sbb kanak2 ni nak benda dlm tu je. Dia bukak makan buang terus. Biar mesra kanak kanak bekas tu yg penting. Second utk tetamu aku kasi bag kain letak dlm tu biscuits, chocolate, muffin, piring kaca (abg yg sponsor T_T) and few snack. Utk vvip takde yg berbeza semua sama cuma tambah bagi jelly koktail.
8. Baju akad nikah lelaki perempuan.
Kadang terlupa sikit hal kt akad nikah sbb dah sibuk sgt psl kat majlis di dewan. Akad nikah kat rumah sbb tu rumit sikit. Since first daughter kahwin so mama request nak bt kat rumah. Lg pun rumah tak penah ada gather gathering or kenduri ni. Simple pelamin sahaja di sediakan cukup utk amek gamba. Baju akad nikah pulak sgt simple and sgt worthy dgn harga, Rm150 sahaja. Beli kat pasar kemboja Parit Buntar. Kat situ byk la baju lip lap lip lap. Kena pandai cari. Tp sbb ai ni
suka dgn konsep simple. So, kuning air, ade light beads bahagian lengan and cheast dan cukup.
Sorry tak byk pict masa akad sbb guna camera phone je kebanyakan nya T__T dah part perempuan jgn lupa part husband-to-be. Samping kaler ape, masuk ke tak dgn beads beads and lace kita? Songkok dia pastikan jgn lupa. Sedia awal-awal and ingatkan dia text benda benda penting dgn pasangan selalu remind antara satu sama lain.
9. Kesihatan
If possible kurangkan lah buat kerja terlalu berat, jgn keluar dah 1 week before majlis. Duduk rumah.
Banyak kan rest. Kalau ada duit lebih boleh pegi spa, pedicure manicure, mandi naik seri pengantin or whatever. Kalau tak byk bajet, exercise, makan buah banyak, minum banyak air putih, amek vitamin so muka tak nampak lesu. Selalu positifkan diri sentiasa fikir perkara perkara baik, solat hajat minta permudahkan segala urusan. And maybe time ni la sebenarnya waktu kemas brg and pack semua benda yg tak penting utk di simpan. Eh igt psl duit first term tu? Mungkin ada yg nak cat rumah bilik tidur, semua ini cost kecil kecil kita tak perasan. Brg nak hias bilik, cadar tilam bantal semua kan.
10. Kuatkan semangat, kuatkan diri, buang yang keruh, ambil yang jernih.
Lupakan semua masalah yang ada, jgn selalu fikir benda negatif, selalu maafkan org dan minta
maaf dgn semua org sblm majlis. Selalu berbuat baik kpd kedua ibu bapa (especially prempuan) masa ni mungkin kita happy dah nak kahwin sbb dgn org yg kita syg, tp maybe kita lupa parent kita sedih nak lepaskan kita, so berbuat baiklah selagi ada masa :)
Okay, penat dah bebel kan? Semoga tips ni bantu awak awak awak semua sblm majlis.
Selamat berkahwin selamat jadi yg halal hampa semua!
0 comments:
Post a Comment